Oleh RAHANA MD
|
|
CUTI sekolah akan tiba tidak lama lagi dan di kalangan kanak-kanak sekolah, inilah tempoh yang sesuai untuk merencana aktiviti luar yang lasak dan menyeronokkan.
Antaranya, aktiviti luar atau outdoor yang kini semakin mendapat sambutan bukan saja di kalangan generasi muda tanpa mengira jantina, bahkan turut diminati golongan dewasa.
Walaupun memerlukan ketahanan fizikal dan mental, aktiviti sihat ini memang digalakkan, malah terdapat pelbagai kelab ditubuhkan termasuk di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.
Bagaimanapun, sesuai dengan kegiatan luar yang lasak, kelengkapan seperti pakaian, kasut, selimut, lampu, dapur serta beg yang bersesuaian amat diperlukan.
Bagi penduduk di Kota Bharu, Kelantan, tumpuan mereka sudah tentu di Outdoor Shop, iaitu satu-satunya kedai di bandar itu yang menjual kelengkapan untuk aktiviti luar. Pelbagai produk ditawarkan, daripada beg sandang belakang hinggalah kepada khemah dan kelengkapan memasak ketika di dalam hutan.
Bagi pemiliknya Tuan Arif Tuan Lah, 30, kegiatan luar seperti mendaki gunung dan merentas hutan, melatih fizikal agar lebih lasak di samping dapat menguji ketahanan mental.
“Selain menimba pengalaman baru, kegiatan luar ini menguji disiplin diri serta tanggungjawab kerja dalam kumpulan.
“Lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang seronok dapat kenalan baru dan mengadaptasikan dalam tugasan di institusi pendidikan masing- masing,’’ katanya.
Mengenai perniagaan yang diusahakan, Arif mengakui beliau tidak menyasarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya lebih kepada memenuhi keperluan penggemar aktiviti luar khususnya di kalangan golongan muda di negeri ini.
“Di samping itu, ia juga bertujuan memudahkan penggemar aktiviti luar mencari kelengkapan yang berkualiti tetapi dengan tawaran harga lebih rendah,’’ katanya
Bersama-sama rakan niaga, Roslan Ismail 45, dan Azhar Hasbullah, 40, mereka memulakan perniagaan pada akhir tahun lepas dan turut mempunyai cawangan perniagaan di Ampang City, Kuala Lumpur.
Sambutan menggalakkan
Arif mengakui masih hijau dalam bidang tersebut, namun melihat sambutan pelanggan beliau teruja untuk menggandakan usaha.
“Pelanggan rata-rata terdiri daripada orang ramai yang berkunjung ke sini dan kebetulan jatuh hati dan tertarik dengan koleksi di Outdoor.
“Selain itu, sebagai strategi pemasaran, kami meletakkan risalah di tapak-tapak pameran dan di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Kota Bharu termasuk di kaki gunung Stong, Jeli. Maklum balas yang diterima memberangsangkan kerana turut menerima pelanggan yang pernah ke sana,’’ katanya.
Terletak di tingkat empat, pasar raya Billion Kota Bharu, Arif sendiri mempunyai sejarah tersendiri yang mendorongnya membuka sebuah kedai berasaskan barangan aktiviti luar.
“Sebagai anak muda yang gemarkan aktiviti luar termasuk menguruskan perniagaan yang memerlukan saya keluar negara, beg sandang belakang amat selesa dan memudahkan pergerakan.
“Bagaimana pun untuk mencari yang benar-benar selesa dan mampu dimiliki, saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar selain hanya dapat membelinya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
“Melihat kepada potensi perniagaan ini selepas ke Vietnam mencari bekalan yang berkualiti dan mempunyai banyak pilihan, saya mengambil keputusan untuk memasarkannya di sini,’’ ujar anak tempatan ini.
Beliau menambah, Outdoor Shop mendapat sambutan menggalakkan terutama di kalangan pelajar yang mewakili kelab di peringkat sekolah, kolej atau IPT.
“Pelanggan yang datang digalakkan membeli secara pukal dan mewakili kelab masing-masing untuk mendapat harga yang lebih rendah.
“Pelbagai kelengkapan ditawarkan di sini seperti pakaian, kasut, lampu suluh, khemah, selimut dan keutamaan diberikan kepada beg sandang belakang.
“Ramai keliru mengenai fungsi setiap beg, yang berbeza antara satu dengan yang lain. Terdapat beg khusus untuk mendaki, begitu juga bagi pengembara yang memilih untuk berjalan kaki.
“Ada juga untuk beg khas untuk berbasikal, malah terdapat beg yang sifatnya lebih lasak untuk golongan yang gemar mengembara seperti yang dibawa pelancong terutama dari negara Eropah,’’ katanya.
Melebarkan sayap perniagaan, kini Outdoor Shop menawarkan konsep francais kepada orang ramai yang berminat.
“Peluang ini terbuka kepada usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan atau di kalangan yang ingin menambah pendapatan.
“Keutamaan kepada usahawan yang telah mempunyai kedai kerana pihak kami akan mengekalkan konsep yang sama seperti yang terdapat di Kota Bharu.
“Di samping itu, kami juga akan membekalkan produk dengan mendahulukan separuh pembayaran daripada jumlah keseluruhan,’’ katanya.
Sempena cuti sekolah ini, pihak Outdoor Shop menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus kepada pelajar sekolah di samping memiliki kad keahlian dengan pembelian RM150 ke atas.
“Istimewanya kad ini melayakkan pembeli mendapat potongan produk sehingga 20 peratus bukan sahaja di Outdoor Shop tetapi juga merangkumi kedai rakan niaga di seluruh negara seperti mana yang tertera di kad,’’ katanya.
Kepada yang berminat, hubungi cawangan Kelantan di talian 09-7477966 dan Kuala Lumpur 03-42570707.
1 comments:
BAGAIMANA AKU MUNGKIN A VICTOR SELEPAS BANYAK YANG MEMBERIKAN BANYAK MEMENUHI PINJAMAN.
Saya berasa sangat diberkati dan terpenuhi. Saya enggan memohon pinjaman yang saya dengar tentang talian kerana segala-galanya seolah-olah terlalu baik untuk menjadi kenyataan, tetapi saya yakin & terkejut apabila kawan saya di tempat kerja saya mendapat pinjaman daripada Progresive Loan INC. & Kami berdua mengesahkannya dan saya juga terus maju untuk memohon, hari ini adalah pemilik syarikat yang bangga dan membuat wang untuk keluarga saya dan ibu yang bahagia. Baiklah aku Annie Joe dengan nama dari Pauls Valley, Oklahoma. Sebagai ibu tunggal dengan tiga anak, sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang dapat menjaga saya dan anak-anak saya dan saya mempunyai banyak bil untuk membayar dan membuatnya terburuk saya mempunyai kredit yang buruk jadi saya tidak dapat memperoleh pinjaman dari mana-mana bank. Saya mempunyai ideal untuk memulakan perniagaan sebagai stylist rambut tetapi tidak mempunyai modal untuk memulakan, Mencoba semua jenis bank tetapi tidak berfungsi sehingga saya dirujuk oleh rakan sekerja saya untuk iklan peminjam yang beradab untuk memberi pinjaman pada 2 % kadar bunga. Saya menghantar mereka mel menggunakan alamat e-mel rasmi mereka (progresiveloan@yahoo.com) dan saya mendapat balasan serta-merta dan pinjaman saya telah diluluskan, dan saya diarahkan ke laman web Bank di mana saya mengeluarkan pinjaman saya terus ke akaun saya. Untuk memotong cerita pendek saya bangga dengan syarikat stylist rambut saya dan berjanji untuk memberi kesaksian kepada dunia bagaimana hidup saya berubah .. Jika anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman, saya menasihatkan anda menghubungi Progresive Loan INC dan diangkat secara kewangan E-mel: progresiveloan@yahoo.com ATAU Call / WhatsApp: +16626183756, anda boleh juga melawat: Laman web: https://progresivefunding.wordpress.com
Post a Comment