16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Friday, March 28, 2008

Sokongan keluarga kunci kejayaan Hairul Faizal

KOTA TINGGI 18 Feb. - Sewaktu mahu memulakan perniagaan sendiri, banyak halangan dan rintangan yang dihadapi namun berkat sokongan, dorongan serta nasihat daripada isteri dan keluarga, semua halangan itu berjaya diatasi.

Itulah yang dialami oleh seorang usahawan pengiklanan, Hairul Faizal Hussin, 33, sehingga perniagaannya kini berkembang pesat dan semakin dikenali ramai.

Justeru, dia mengingatkan sesiapa sahaja yang mahu bergiat dalam bidang perniagaan agar jangan takut kepada halangan dengan menganggapnya sebagai cabaran untuk berjaya.

"Sewaktu saya memulakan perniagaan banyak kata-kata negatif yang dilemparkan namun kerana minat yang mendalam saya meneruskannya juga.

"Kita tidak boleh cepat mengaku kalah, sebaliknya perlu menerimanya sebagai cabaran dan buktikan kesungguhan, keupayaan dan kemampuan yang ada," katanya ketika mengimbas kembali kenangan sewaktu memulakan perniagaan, Senireka Kreatif Sdn. Bhd. di Jalan Mempelam, Taman Kota Jaya di sini.

Hairul Faizal berkata, rata-rata rakannya pada mulanya tidak yakin dia boleh berjaya dalam perniagaan pengiklanan.

"Mulanya secara kecil-kecilan dan kemudian bisnes berkembang apabila pelanggan yakin dan berpuas hati dengan kerja yang dihasilkan.

"Ini memberi semangat kepada saya untuk meneruskan kegiatan walaupun ketika itu saya tidak mempunyai modal yang mencukupi," kata Hairul Faizal.

Katanya, dia beruntung kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan kongsi yang sanggup bersama-sama bersusah payah.

Baginya, mereka adalah penasihat dan pengkritik utama yang turut berkongsi impian untuk memperluaskan perniagaan. Kini dia mampu menggaji tujuh pekerja sepenuh masa.

sumber Utusan Malaysia 19 Februari 2008

0 comments: