16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Friday, March 28, 2008

NRS Gas laksana sistem francais promosi jenama

Oleh Ainul Asniera Ahsan

SHAH ALAM 17 Feb. - NRS Gas Technology Suppliers Sdn. Bhd., (NRS Gas), agen eksklusif perkakasan untuk teknologi kenderaan gas asli (NGV) terkemuka dunia buatan Argentina, GNC Galileo mahu memasarkan jenama itu secara agresif dengan memfrancaiskan perniagaan tersebut.

Pengarah Eksekutif NRS Gas, Syarina Hisham berkata, sebagai permulaan syarikat itu menetap sasaran untuk mengambil sekurang-kurangnya dua francaisi setahun, mulai tahun ini.

Beliau berminat untuk meluaskan penggunaan semua perkakasan GNC Galileo bagi kenderaan NGV di negara ini kerana jenama tersebut lebih murah dan mudah dipasang dan diselenggarakan.

''Walaupun murah tetapi jenama ini telah terbukti selamat kerana telah berada dalam pasaran lebih 50 tahun.

''Meskipun baru dalam pasaran tempatan tetapi Galileo sudah kukuh dalam pasaran global seperti di Eropah, Pakistan dan India,'' katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini.

Syarina berkata, NRS Gas memasar dan menyediakan perkhidmatan menyeluruh kejuruteraan NGV termasuk peralatan penukaran dan tangki silinder pada harga mengikut kategori pilihan pelanggan.

Tambah beliau, syarikat itu bukan sahaja membekalkan produk tetapi turut memberi sijil pengesahan untuk memastikan setiap pengguna produk NGV GNC Galileo diberi barangan tulen.

Usahawan muda itu berkata, beliau berminat mencari francaisi di kalangan tenaga mahir dalam bidang automotif keluaran Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mengehadkan peserta francaisi kepada kelompok tertentu kerana ia boleh menjejaskan rancangan NRS Gas untuk meluaskan penggunaan produk GNC Galileo.

Syarina berkata, langkah memfrancaiskan perniagaan itu pada masa ini amat bertepatan kerana penggunaan NGV bagi kenderaan di Malaysia semakin bertambah setiap tahun, berikutan peningkatan kesedaran penggunaan gas kalangan pemandu tempatan.

''Percaya atau tidak sehingga April tahun lalu, Malaysia mempunyai kira-kira 25,000 pengguna kenderaan NGV,'' tambah beliau.

Katanya, kesedaran itu juga disokong oleh pertambahan stesen NGV di seluruh Malaysia setiap tahun berbanding lebih 50 stesen NGV sekarang.

''Dulu tidak ramai pemandu yang mahu menggunakan NGV kerana masalah kurang stesen NGV dan tidak tahu kelebihan penggunaan gas tersebut," katanya.

Jelas beliau, ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan NGV memang menjimatkan iaitu dengan RM9 bagi pengisian 58 liter boleh digunakan untuk memandu sehingga jarak perjalanan sejauh 180 kilometer.

Syarina berkata, mengikut kajian, pemandu kenderaan NGV hanya membelanjakan sebanyak RM170 sebulan untuk gas asli berbanding RM480 yang dibelanjakan untuk petrol.

Katanya, pengguna kenderaan NGV mampu menjimatkan sehingga RM3,720 pada tahun pertama dan RM7,440 pada tahun berikutnya.

Tambah beliau, setakat ini, produk Galileo mempunyai 17 wakil jualan termasuk di sekitar Lembah Klang, Seremban dan Johor serta berhasrat untuk meluaskan ke negeri-negeri lain.

Syarina yang pernah bekerja dengan West Pac Corporation Bank di Melbourne, Australia selama enam tahun berkata, beliau juga bakal meneroka pasaran penukaran daripada enjin diesel kepada NGV bagi forklift.

''Saya sedang menjalankan kajian dan kalau tidak ada masalah, kita mungkin akan melaksanakannya menjelang akhir tahun ini,'' ujarnya.


sumber Utusan Malaysia 18 Februari 2008


0 comments: