16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Sunday, June 29, 2008

MARA - Pinjaman Perniagaan

Berikut adalah soalan soalan lazim bagi mereka yang berminat/atau telah mendapatkan pinjaman perniagaan dari MARA (Majlis Amanah Rakyat):

1. Soalan: Bagi seseorang peminjam sumber kewangan perniagaan dari MARA, bolehkah dilakukan pertukaran penjamin dan digantikan dengan penjamin yang lain pada kelayakan yang sama?

Jawapan: Ya, pertukaran penjamin boleh dilakukan tetapi syarat syarat berikut hendaklah dipatuhi:

1. Penjamin baru mempunyai kelayakan yang sama dengan penjamin yang lama
2. Persetujuan telah diperolehi daripada penjamin yang lama untuk bertukar kepada penjamin yang baru
3. Pembiayaan pinjaman tersebut masih belum diambil tindakan penguatkuasaan oleh pihak MARA
4. Permohonan pertukaran penjamin adalah sah setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan Perniagaan Peringkat Negeri/Bahagian/Ibu Pejabat/Tertinggi (mengikut amaun yang dipohon/diluluskan)


2. Soalan: Adakah MARA mempertimbangkan penjadualan semula bayaran balik pinjaman/penjamin/pencagar?

Jawapan: Ya, MARA mempertimbangkan penjadualan pembayaran semula pinjaman setelah dirujuk terlebih dahulu dengan Pejabat MARA peringkat negeri berkenaa. Peminjam/pembayar pinjaman hendaklah mengemukakan nombor rancangusaha semasa berurusan.

3. Soalan: Bagaimanakah syarat pinjaman untuk kontraktor kelas F?

Jawapan:

Kelayakan Pemohon :-

1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
2. Telah menjalankan perniagaan
3. Berusia 18 tahun ke atas
4. Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak ditubuhkan.
5. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 20% daripada kos projek
6. Melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh
7. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut termasuk mempunyai lesen PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan

Mengemukakan cagaran/jaminan (salah satu) :-

Cagaran :-

1. Tanah - Nilai paksaan tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan. Tanah boleh milik sendiri atau milik keluarga/orang lain (perlu mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu)

Penjamin

A. Pembiayaan Kurang RM50,000

* 1 orang penjamin
* Pendapatan tetap bulanan tidak kurang RM500 sebulan

B. Pembiayaan RM50,001 dan ke atas

* Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
* Pendapatan tetap bulanan mereka tidak kurang daripada 5% daripada jumlah pembiayaan.

Bayaran Balik
Mengikut jangkamasa tempoh kontrak + 6 bulan

Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MARA Daerah di mana projek kontrak tersebut dijalankan. Sebarang maklumat lanjut, sdr boleh melayari laman web MARA di alamat www.mara.gov.my atau pejabat MARA Daerah yang berhampiran.

1 comments:

morganstel said...

Pelanggan yang dihormati Adakah anda seorang ahli perniagaan?

atau seorang wanita? Adakah anda dalam apa-apa tekanan kewangan

atau adakah anda memerlukan dana untuk memulakan anda sendiri

perniagaan? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan

anda sedang mencari pinjaman dari bank tempatan

dan institusi kewangan lain? Walau bagaimanapun,

kaedah Kami menawarkan peluang kepada anda

nyatakan jumlah pinjaman yang anda mampu

membayar balik pembayaran balik pinjaman sebanyak 2%

kadar. Ini memberi peluang kepada anda untuk mendapatkannya

dana yang anda perlukan. Pemohon yang berminat

boleh menghubungi kami melalui e-mel

(morgansteloanfirm@gmail.com)