16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Saturday, June 28, 2008

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC atau Malaysian Entrepreneurship Development Center ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1975 dengan tujuan utama melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera di Malaysia. Secara khususnya, ia diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawan seperti latihan, kajian dan konsultansi.

Kini, MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan yang menjadi pusat latihan keusahawan dan pendidikan di Malaysia. MEDEC juga dalam usaha mengembangkan lagi sayap peranannya untuk membentuk kursus dan latihan untuk para graduan di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. Falsafah utama MEDEC adalah kepercayaan kepada kebolehan untuk melahirkan para usahawan melalui pendidikan dan latihan yang kukuh dari segi ilmu, kemahiran dan motivasi. MEDEC bergabung tenaga dengan badan badan berkanun kerajaan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan.

Objektif utama penubuhan MEDEC:

1. Mendidik bakal usahawan dan menjadikan keusahawanan melalui pembelajaran dan latihan
2. Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa)
3. Membantu usahawan membentuk perniagaan dan syarikat yang mantap serta mampu memperkembangkan lagi perniagaan mereka?

Antara strategi yang diatur untuk membentuk dan melahirkan usahawan adalah seperti berikut:

1. Menerapkan nilai nilai keusahawanan di kalangan pelajar dalam usaha untuk membentuk usahawan berilmu dan lengkap dengan kemahiran teknologi terkini menerusi program program akademik dan latihan
2. Mempertingkatkan kebolehan dan daya saing usahawan/bakal usahawan menerusi program pembangunan usahawan
3. Membantu usahawan usahawan baru membina perniagaan yang baru, serta memperkembangkannya menerusi khidmat nasihat konsultansi yang berterusan

MEDEC boleh dihubungi menerusi maklumat perhubugan seperti berikut:

Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC)
Block 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTM
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

By phone: 03-55153275/76/78/80/81
By fax: 03-55153284
By e-mail: medec@salam.edu.uitm.my, info@medec.com.my
Website: http://www.medec.com.my

6 comments:

datin kelly ketak said...

sy harap encik dapat beri informasi yang tepat tentang nombor telefon tu. sy nak telefon medec uitm, tp nombor cik bg tu ke hotel blue wave. ades

hardiness said...

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan anda semua MEDEC sudah tidak wujud kerana telah dijenamakan semula menjadi MASMED (Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development) atas dasar gabungan MEDEC, ERSC dan Institut Tunas Mekar.

MASMED boleh dihubungi dengan nombor berikut:
03-55225464
atau berkunjung ke website masmed di:
http://masmed.uitm.edu.my/

Kami akan menjalankan Karnival Usahawan dan Konferensi Usahawan pada 18-19 oktober 2011 ini, jika berminat bolehlah turut serta.

Yang benar,
Ketua Jabatan Pengajian
MASMED

LaH said...

salam en nk tyer la kalu nk dptkan gerai utkjualan di cafe2 utk jualan mkanan cmner yer...sayer bru je abes bljar kt uitm n nk bljarla utk jdik usahawan...so utk pngalaman nk tryla dptkan gerai di utim puncak alam utk jualan mkanan dan mnuman...cmner yer nk mntak...mnat sgt....

DinX Dinx Mobile Enterprise said...

saya pun sama ingin berniaga dalam uitm seremban 3. boleh bagi tunjuk ajar sedikit berkenaan bagaimana untuk menyewa kedai / ruang niaga / kiosk di dalam uitm? saya berniaga dalam bidang telekomunikasi

Anonymous said...

Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.

AuraAleesya said...

teina kasih info nya