16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Friday, January 23, 2009

Perniagaan Rim Kereta

Usahawan Nostalgia Village, Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

SIAPA sangka wanita yang berusia 39 tahun ini adalah usahawan bumiputera pertama yang mengusahakan perniagaan sport rim kereta yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki dan bangsa lain.

SITI MARIAM ABDULLAH (lima dari kiri) bersama kakitangannya menunjukkan rim kereta yang dijual di Karnival Silaturahim dan Expo Perdagangan 2008 (KARSEP 08) di Stadium Mini Pendang baru-baru ini.

Pemilik syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd., iaitu Siti Mariam Abdullah kini boleh berbangga apabila kedudukannya kini setanding dengan bangsa lain yang mengusahakan perniagaan yang sama.


Katanya, memang sukar untuk memulakan perniagaan yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki itu tetapi berpegang kepada prinsip ingin berjaya dan kaum wanita juga boleh maju ia menjadi pembakar semangatnya.

"Sport rim kereta yang diusahakan oleh kilang saya di Sungai Petani ini menjadi pembekal kepada syarikat Naza dan Proton, sekarang kami ingin meluaskan pasaran lagi kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pembekal di pasaran terbuka," ujarnya ketika di temui Kosmo! di Pendang semalam.

Syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd. adalah antara syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Silatulrahim dan Expo Perdagangan 2008 (Karsep) di Stadium Mini, Pendang yang bermula 18 hingga 20 Disember ini.

Tambah Siti Mariam, platform di Karsep diharap dapat membuka jalan dan dijadikan strategi pemasaran untuk mencari pembekal rim syarikatnya di pasaran terbuka tempatan.

"Target saya adalah untuk melihat kereta nasional atau kereta import memakai rim tempatan yang diusahakan oleh bangsa kita sendiri.

"Kualiti syarikat kami tidak kurang hebatnya dengan rim yang diimport dari China dan Eropah," jelasnya.

Kata beliau, apa yang ditawarkan oleh syarikatnya sudah tentu rim yang jauh lebih murah daripada yang diimport di samping menjaga kualiti dari segi ketahanannya.

"Rim bersaiz 14 dijual dengan harga serendah RM400 sehingga saiz 16 dengan harga RM1,000. Rim kami juga mendapat kelulusan spefikasi dari Jerman dan menerima sijil TUV Jerman yang tidak diperolehi oleh syarikat lain," ujarnya.

Perniagaan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2005 itu kini telah berjaya mengeluarkan sebanyak 26 ribu rim sebulan dan ia turut diimport ke pasaran Eropah seperti Jerman.

Selain itu di Karsep seorang lagi usahawan wanita yang tidak kurang hebatnya tetapi di bidang yang berlainan adalah Wan Norizan Wan Ahmad, 37, yang mengusahakan makanan sejuk beku, kuih muih dan kek.

Beliau yang berasal dari Kobah, Pendang itu bermula perniagaan kecil kecilan dengan membuat baulu dan maruku lapan tahun lalu untuk dijual di kedai-kedai makan.

Kini beliau telah mempunyai bengkel sendiri dan telah menggaji tiga pekerja untuk membantunya membuat tempahan makanan berkenaan.

"Saya mula berniaga ni dengan modal RM200 sahaja lepas tu buat pusingan modal sedikit demi sedikit untuk buka bengkel menerima tempahan makanan.

"Saya tidak pernah pinjam duit dari mana-mana badan sebaliknya hanya guna pusingan modal ini sahaja," jelas ibu kepada lapan orang anak ini.

Makanan sejuk beku yang diusahakannya adalah seperti pau kering, karipap pusing, cucur badak, cucur kacang dan menerima tempahan kuih raya dan kuih tradisional dan moden.

"Saya di Karsep ini untuk mencari pasaran baru supaya orang ramai dapat lihat produk saya dan jika ada yang sudi untuk menempah itu sudah memadai,"

Karsep yang dianjurkan bersama Pasaraya Pendang Sdn. Bhd. dan Jentayu Communication & Event sempena sambu- tan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Seramai 760 peserta yang terdiri daripada syarikat korporat, industri kecil dan sederhana, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peniaga-peniaga kecil akan mempamer dan menjual produk masing- masing di 108 buah gerai yang disediakan.

Karnival tersebut yang berkonsepkan Nostalgia Village akan menampilkan kehidupan dan suasana Melayu dari segi makanan, pakaian dan permainan yang juga dijangka dapat menarik perhatian para pengunjung.

sumber: Kosmo Online

5 comments:

FIZZY ALL VIEW said...

salam...blh saya dapatkan contact PUAN SITI.MARIAM ABDULAH?? atau syarikatnya....

Unknown said...

Blh bagi no whatsap

John Smith said...

My friend has praised your blog and I want to read your blog. There is a lot of good information on your blog, I loved reading it and I think people will get a lot of help from this article. I have written this kind of blog, I think you will get a lot of help from this too. I hope you like my blog, Users will get a lot of information from this blog this is a good inspiration for your article. Best of luck your future articles.

VJ Interior

Unknown said...

Biase rim 15 harga brape ye

Unknown said...

Boleh dapat kan contact number