Memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merialisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat Bumiputera.
GIATMARA adalah satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.
KUMPULAN SASARAN
* Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik
* Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri
* Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru
* Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya
* Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi
* Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran
* Mereka yang ingin belajar atas dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat
KEMUDAHAN LATIHAN
Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah:
* Latihan Percuma
* Elaun bulanan (sepenuh masa)
* Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
* Sukan dan Rekreasi
* Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
KURUNG MODEN DARTLESS LOOSE
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment