16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Saturday, March 29, 2008

Usahawan peladang perlu berusaha gigih

Usahawan peladang perlu berusaha gigih guna teknologi tinggi

Berita Harian, 3 Julai 2003


SEREMBAN: Usahawan peladang di negeri ini perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sedia menggunakan teknologi tinggi untuk memastikan projek yang dilaksanakan berdaya maju serta mampu mencapai hasil memuaskan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Pengarah LPP negeri, Azhar Yunus, berkata tiada kejayaan yang mampu dicapai jika warga peladang tidak berusaha secara kolektif untuk memastikan projek yang dilaksanakan mendapat pulangan memuaskan.

Beliau berkata, transformasi pertanian yang bermatlamat membawa perubahan positif ke arah membangunkan bidang ini ke tahap lebik baik memerlukan warga peladang sentiasa komited terhadap usaha yang dijalankan.

"Penggunaan teknologi terkini serta kecekapan menguruskan ladang harus dimiliki peladang yang mampu menjadikan sektor pertanian mencapai status tinggi setanding dengan sektor lain.

"Peladang juga harus bersedia menerokai bidang teknologi baru untuk meningkatkan lagi pencapaian mereka selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan sektor ini penyumbang terbesar kepada pengeluaran makanan dalam negara," katanya.

Azhar berkata demikian pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang LPP 2003 dan Perpisahan meraikan beliau di Kelab Golf Tuanku Jaafar Senawang, dekat sini.

Seramai 11 kakitangan LPP negeri menerima anugerah itu pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Pengarah LPP negeri, Kassim Mahmud dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Osman Sharif.

Azhar yang memegang jawatan itu kira-kira setahun sepatutnya berpindah ke Pahang pada awal Julai ini, bagaimanapun ditangguhkan sehingga awal September. ini.

Beliau berkata, sektor pertanian negara sudah berkembang dengan pesat hasil sokongan kerajaan termasuk penyaluran dana yang besar selain memantau perlaksanaan projek yang berdaya saing.

Katanya, sehubungan itu, peladang perlu yakin dengan usaha yang dilakukan untuk merealisasikan hasrat dan matlamat kerajaan menjadikan industri pertanian mampu memberikan pendapatan memuaskan sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Program Pembangunan Usahawan yang dilaksanakan oleh LPP adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian dan perladangan," katanya.

Azhar berkata, setakat ini program berkenaan mencapai matlamatnya apabila lebih daripada 50 usahawan di bidang berkenaan kini berjaya mengusahakan pelbagai aktiviti ekonomi dan mereka memperoleh pendapatan memuaskan.

Menurutnya, melalui program ini usahawan terbabit berjaya memperoleh pendapatan tambahan antara RM500 hingga RM1,000 setiap bulan mengikut bidang dan aktiviti ekonomi yang dijalankan.

"LPP turut memberi galakan kepada amalan pengurusan dan penggunaan teknologi terkini untuk memastikan projek yang dilaksanakan itu berdaya maju dan mampu bersaing dengan sektor lain," katanya.

Azhar juga berkata, kerjasama baik antara PPN dan PPK perlu bagi membantu mengembangkan lagi projek pertanian yang sedia ada supaya ia lebih bersaiz besar.

0 comments: