Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - "Tidak ada salahnya graduan menjadi pengawal keselamatan.
"Malah dalam rekod saya, ada 15 graduan mula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berjaya dalam karier masing-masing.''
Demikian tegas Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Rahmat Ismail sambil menyatakan kesemua graduan terbabit kini sudah menjadi pegawai selain syarikat kawalan keselamatan sendiri.
Katanya, bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak patut dipandang rendah kerana ia juga menawarkan peluang untuk memajukan diri.
"Disebabkan ramai memandang rendah pada kerjaya ini, ia sudah dimonopoli warga asing,'' katanya kepada pemberita pada sidang media Persidangan Keselamatan Profesional kali ke-6 di sini semalam.
Menurut Rahmat, untuk menggalakkan lebih ramai graduan melibatkan diri dalam bidang pengawal keselamatan, mereka dijanjikan imbuhan istimewa daripada segi pendapatan dan kenaikan pangkat.
Kemudahan yang dimaksudkan termasuk gaji RM1,200, tempat tinggal, pengangkutan, elaun kerja lebih masa, pakaian seragam dan makanan serta pendahuluan gaji.
KURUNG MODEN DARTLESS LOOSE
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment