16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Wednesday, June 25, 2008

Memulakan Perniagaan

Pendaftaran Perniagaan


Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi.

Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Anda boleh layar ke laman-laman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendaftaran syarikat dan lain-lain:

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pusat Khidmat Kontraktor
Jabatan Pembangunan Koperasi

ePerolehan
Perbendaharaan Malaysia
PERKESO
ePerkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri


Penubuhan dan Pendaftaran Koperasi
Cara Penubuhan Syarikat
Pendaftaran Perniagaan di Semenanjung
Rukuniaga Malaysia
Undang-Undang Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965
Pendaftaran Perubahan Perniagaan
Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor
Pendaftaran PERKESO
Pendaftaran ePerolehan


Lesen dan Permit

Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda. Sila klik pautan di bawah untuk makumat lanjut mengenai lesen dan permit yang di keluarkan oleh PBT.

Laman-laman berkenaan Lesen dan Permit adalah:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kastam Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen Malaysia

Memohon Lesen Baru Kenderaan Perkhidmatan Awam dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
DBKL - Lesen
Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 2005
Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan
Permit Pekerja Asing
Pihak Berkuasa Tempatan
Pendaftaran Patent
Permohonan Pelesenan Dalam Talian Suruhanjaya Sekuriti


Francais

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais

Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Laman-laman berkenaan Francais adalah:

Malaysian Franchise Association
Malaysia Franchises for Sale
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Perbadanan Nasional Berhad
Franchise.Org
Franchise.Com
Franchise Opportunities
British Franchise Association
Franchise Direct
Canadian Franchise Association
Franchise Council of Australia
Entrepreneur.Com
Franchise Times


Penyediaan Pelan Perniagaan

Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk bisnes anda. Lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan?

Salah satu fator kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau 'business plan'. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan menbentangkan jangkaan bisnes kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.

Ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka itu kecil sahaja. Samada perniagaan kita kecil atau besar, kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.

Laman-laman berkenaan Penyediaan Pelan adalah:

Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
United States Small Business Administration
Business Plan Archive
Business Town
Business Plans Resources
Small Business Plan Guide
Entrepreneur.com Business Plan Guide


Planning For Profits
What Makes a Good Plan?
A Sample Business Plan Outline
Common Business Plan Mistakes to Avoid
What Investors Look For in a Plan
Critical Steps to Writing a Business Plan
Bank Pembangunan dan Industri Malaysia Berhad
Adakah Anda Seorang Usahawan?
Penyediaan Pelan Perniagaan
An Introduction To Business Plans


Peluang Perniagaan

Malaysia menyediakan peluang perniagaan dan pelaburan yang begitu luas dalam pelbagai sektor, seperti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Perniagaan membantu merancang, menyelaras, memantau dan memudahcara pewujudan peluang perniagaan, melahirkan usahawan/koperasi baru, pembangunan produkbaru dan pembangunan enterprise baru.

Peluang-peluang perniagaan juga terdapat dalam sektor awam. Anda boleh mencari peluang-peluang seumpama itu melalui laman-laman web di bawah:

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Atau pun, anda juga boleh mencari tender-tender mengikut industri, lokasi atau jenis kerja menerusi sistem pemberitahuan tender yang dikenali sebagai Tender2U.

Peluang-peluang juga boleh dikenal pasti menerusi pameran perdagangan, konvensyen dan rombongan perniagaan yang dianjurkan Kerajaan.

Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (Bahasa Inggeris sahaja)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Laman-laman yang lain berkenaan peluang perniagaan adalah seperti berikut:
Malaysia Manufacturers Directory and Trade Portal
Asianet Malaysian Suppliers
Asean Resources
Asia Trade Hub

1 comments:

Nik Zainin said...

Saya sedang mencari seseorang/team untuk menyediakan Pelan Bisnes. Kalau terdapat seseorang yg mempunyai kebolehan tersebut/berminat untuk menyedianya, mohon hubungi saya, Kol Nik Zainin (bersara) di 012-259 1572