16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Tuesday, May 20, 2008

Tabung Usahawan Siswazah kurang dapat sambutan

Sumber: Utusan Online 18 Mei 2008

SHAH ALAM 17 Mei - Tabung Usahawan Siswazah yang memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk siswazah mendapatkan pinjaman perniagaan kurang mendapat sambutan apabila hanya RM2.7 juta digunakan setakat ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, jumlah itu yang bersamaan 2.7 peratus, diluluskan menerusi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd., (SME Bank).

Sehubungan itu, katanya, kementerian bersedia meluluskan pinjaman kepada mana-mana siswazah yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan, walaupun ada antara mereka disenaraihitamkan setelah gagal menjelaskan pinjaman pendidikan.

"Kita amat menggalakkan siswazah tampil ke hadapan untuk menjadi usahawan di mana kerajaan memang ada berikan peruntukan.

"Agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Nasional Bhd., (PNS) pun ada memberi pembiayaan kerana siswazah ini adalah golongan yang istimewa sebab mereka mempunyai ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri program Perhimpunan Warga Usahawan Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.

Noh memberitahu, bagaimanapun siswazah yang berminat untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan tabung berkenaan perlu mendaftarkan diri sebagai ahli dengan mana-mana persatuan yang sesuai seperti belia, peniaga kecil dan usahawan wanita.

Ini kerana katanya, kemudahan pembiayaan tersebut akan diberikan melalui persatuan yang menjadi salah satu syarat pinjaman bagi menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti itu terus membantu kementerian.

"Kalau dia datang secara individu mungkin susah kita kesan terutama pinjaman tanpa penjamin, tetapi kalau dia menerusi persatuan, sekurang-kurang kita boleh mencari persatuan mana yang memberi sokongan kepadanya," ujarnya.

Menurutnya, siswazah yang berminat untuk menjadi seorang usahawan juga perlu mengikuti kursus khas kementerian.

Dalam pada itu, beliau mahu Program Usahawan Tulen yang diperkenalkan pada 1995 bagi membentuk kerjasama antara usahawan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian yang kini dikenali sebagai Majlis Galakan Usahawan Tulen (MGUT), kembali diperhebatkan.

Sehingga 2006, setelah 11 tahun program itu diperkenalkan, sebanyak 56 syarikat usahasama diwujudkan merangkumi bidang pembuatan, pembinaan, hartanah dan perkhidmatan.

Antara yang menampakkan kejayaan ialah Glomac Bhd. yang terlibat dalam usahasama pembangunan hartanah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan pembangunan komersial pinggir tasik pertama di Petaling Jaya, yang membolehkan syarikat itu menerima Anugerah Usahasama Tulen daripada DPMM pada 2005.

0 comments: