"USAHAWAN ditakrifkan dengan pelbagai maksud oleh para ahli ekonomi, ahli sejarah, ahli psikologi dan lain-lain mengikut disiplin pengajian dan kepakaran masing-masing. Secara umumnya, usahawan adalah “seorang atau sekumpulan orang yang mempunyai idea, fikiran dan mengolahkan faktor-faktor ekonomi seperti tanah, buruh, modal dan lain-lain serta menjadikan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan-keperluan pengguna dengan tujuan untuk mendapatkan untung”.
Menurut perspektif Islam, usahawan adalah seorang yang berkebolehan untuk melihat, mengenal, merebut dan mewujudkan peluang untuk mendapatkan faedah melalui keuntungan yang halal. Bagi seorang muslim, keusahawanan dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana, aktiviti muamalah yang dilakukan oleh seseorang usahawan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Justeru, apa yang dapat kita fahami daripada ‘usahawan bertaqwa’ adalah, ‘usaha’ bermaksud keupayaan untuk mencapai sesuatu. Sementara ‘usahawan’ pula ialah orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Manakala ‘taqwa’ adalah perasaan takut atau gerun iaitu melakukan apa yang dibenarkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-laranganNya. Maka, usahawan bertaqwa boleh diertikan sebagai mereka yang menjalankan sesuatu perniagaan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Menyedari kepentingan usahawan sebagai pemangkin ekonomi negara, usahawan muslim tidak terlepas malah mesti memiliki beberapa ciri penting yang perlu diambilkira dalam memastikannya benar-benar diakui sebagai usahawan bertaqwa. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
1. Bijak membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
Dalam membuat penilaian, seseorang usahawan perlu memiliki ilmu pengetahuan secukupnya yang boleh membantunya membuat tinjauan tentang masa depan dengan betul di samping berupaya membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Di samping itu, penilaian yang dibuat perlu disokong dengan kepercayaan yang datang dari dalam diri seseorang usahawan itu. Kepercayaan kepada kebolehan sendiri akan menjadikan apa yang dilihat sebagai asas keyakinannya. Maka dengan kepercayaan yang kuat itu akan membuatkannya terus mematuhi prinsip-prinsip yang dipegang. Usahawan yang berjaya kekal dalam sesuatu perniagaan akan tahu bahawa dia akan meraih seberapa banyak pengalaman tentang apa yang dia ceburi dan seterusnya tetap konsisten dengan apa yang dilakukan.
2. Mengenalpasti apa yang ingin dicapai.
Untuk memenuhi tujuan ini, seorang usahawan muslim harus mengkaji kedudukan bidang keusahawanannya dan keperluannya kepada pengguna serta prospeknya untuk berkembang. Di samping itu, dia perlu mempunyai kepakaran dan kemampuan selain pengalaman serta kemahiran teknikal dalam bidang yang diceburi. Dalam menghadapi persaingan yang mungkin wujud, penyelidikan yang berterusan perlu dilakukan bagi mencipta produk yang terbaik dan sebaik-baiknya yang belum dihasilkan di pasaran.
3. Mempunyai ketrampilan sebagai seorang usahawan.
Ketrampilan amat perlu bagi seseorang usahawan dalam usaha menawan hati pelanggan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap kemampuannya dalam perniagaan. Justeru, usahawan perlu mengamalkan budaya kerja yang kemas dan teratur serta menampilkan imej yang dinamik dan profesional. Dengan berasaskan prinsip kemanusiaan, perusahaan yang diceburi tidak hanya didasarkan atas kepentingan memperolehi untung semata-mata tetapi juga turut mengambilkira kepentingan alam dan manusia. Maka atas faktor tersebut, kualiti barangan yang dihasilkan perlu diberi perhatian yang sewajarnya hingga ke tahap menghapuskan kecacatan yang tidak dapat dikesan oleh pelanggan.
4. Berusaha mempertingkatkan kualiti produk.
Seorang usahawan harus peka dengan perubahan trend semasa dengan memberi perhatian kepada kehendak dan kepuasan pelanggan. Peningkatan kualiti perlu bermula di peringkat yang paling asas iaitu dari aspek kepimpinan dengan menanam dan memperbaiki sikap kepimpinan dalam proses peningkatan kualiti perkhidmatan secara berterusan. Ini juga berkait dengan kepercayaan yang wujud antara sesama anggota organisasi (syarikat) iaitu bersikap saling mempercayai dan hormat-menghormati antara mereka. Sehubungan itu, peningkatan kualiti kerja perlu berlaku setiap hari dengan kerjasama erat antara kakitangan dan majikan. Pihak majikan juga perlu memastikan beban kerja yang berlebihan dan tidak perlu ke atas seseorang pekerja dielakkan sama sekali.
Maka bagi mencapai hasrat tersebut, aspek-aspek persefahaman, latihan dan team work diberi penekanan yang bersungguh-sungguh dan berasaskan formula yang terbaik termasuk melahirkan rasa penguasaan dan pemilikan terhadap sesuatu kerja.
5. Mempunyai kemampuan berdaya saing.
Dalam mempertingkatkan tahap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan hingga ke tahap berdaya saing, usahawan perlu memastikan kos yang diperlukan adalah bersesuaian dan bersedia menambahnya jika perlu. Ini termasuklah mempertingkatkan teknologi dan kepakaran pekerja iaitu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi dan menyediakan kursus-kursus kepakaran kepada pekerja. Satu perkara yang dianggap penting bagi sesuatu organisasi perniagaan ialah ketepatan dan kesahihan apa-apa aspek yang berkenaan dengan sesuatu produk seperti apa yang diiklankan. Ia adalah titik awal untuk pelanggan membuat sesuatu tanggapan terhadap sesuatu produk. Adalah memalukan malah bertentangan dengan etika perniagaan Islam andainya produk yang dibeli oleh pelanggan tidak sebaik apa yang diuar-uarkan oleh syarikat berkenaan.
6. Berkemampuan meramal dan mengetahui kehendak pelanggan.
Bagi mencapai matlamat ini, kajian atau tinjauan secara berterusan perlu dilakukan bagi mengetahui sebab-sebab sesuatu barangan itu dibeli. Kajian boleh dilakukan berdasarkan kepada keperluan iaitu mengkaji masalah-masalah besar yang mungkin dihadapi oleh pengguna atau pelanggan. Seterusnya, usahawan juga perlu mengkaji keupayaan produk keluarannya dalam memenuhi keperluan pengguna di samping mengetahui kedudukan produk-produk lain. Di sinilah kita dapat mengetahui kelebihan-kelebihan atau sebaliknya yang dimiliki oleh produk yang dihasilkan berbanding keluaran yang sama oleh syarikat lain.
7. Tahu membezakan antara pengurusan dan kepimpinan.
Pengurusan berkait dengan kerja-kerja pengendalian sesuatu organisasi manakala kepimpinan pula ialah metod atau kaedah yang dipakai dalam pengendalian tersebut. Tidak semestinya orang yang cekap mengurus turut memiliki aspek kepimpinan yang sempurna. Kerja yang dilakukan kerana arahan kurang berkesan berbanding kerja yang timbul dari sikap kepimpinan dalam diri.
Asas yang paling penting dalam aspek ini adalah pengurusan masa iaitu kaedah penjadualan kerja yang sistematik supaya sesuatu tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini memerlukan penjadualan peruntukan tempoh masa yang sesuai untuk setiap fasal kerja secara fleksibel dan jelas.
Selain itu, sebagai pemimpin dalam satu-satu organisasi, seseorang usahawan perlu berkeupayaan untuk mengesan setiap permasalahan yang timbul dengan mengambilkira faktor-faktor lampau dan terkini sesuatu masalah itu. Secara kesimpulannya, kepimpinan adalah satu kebolehan yang dipupuk untuk meletakkan seseorang sebagai pemimpin yang dihargai dan dihormati bukannya setakat dipatuhi atau digeruni.
ambilan: ISMAWEB
16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA
Tao Zhu Gong.
1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.
1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.
Thursday, May 1, 2008
Menjana Usahawan Bertaqwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment