16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Monday, June 30, 2008

Industri Tekstil dan Pakaian

Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia berkembang dengan pesat pada awal 1970an apabila negara memulakan langkah perindustrian berorientasikan eksport. Dengan nilai eksport sebanyak RM10.6 bilion, industri ini adalah penyumbang ke-tujuh terbesar kepada keseluruhan pendapatan eksport perkilangan pada 2006. Terdapat 645 syarikat berlesen yang beroperasi dengan pelaburan sebanyak RM8.1 bilion. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja.

Industri ini ketika ini terdiri daripada rangkaian meluas aktiviti bersepadu dari pempolimeran, pemintalan, penteksturan, pencelupan dan kemasan benang untuk menenun, kait-mengait, mencelup, mengecap dan kemasan fabrik, hinggalah membuat pakaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar katil dan alas meja serta tali. Industri ini juga merangkumi pembuatan fabrik bukan tenun untuk produk penjagaan diri, pakaian, perabot dan cadar serta aplikasi pembinaan dan kejuruteraan.

Kini, kumpulan industri tekstil dan pakaian Malaysia berpotensi untuk menjadi satu kluster industri yang maju. Ini boleh dicapai dengan beranjak kepada peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai; membangunkan rekaan fesyen tempatan yang inovatif dan berjenama; meningkat pembangunan produk melalui R&D dalam bidang pencelupan, pengecapan dan kemasan; memajukan gentian, benang dan tekstil perindustrian dan rumah baru; menambahbaik produktiviti melalui automasi, pembuatan anjalan dan kecekapan teknikal; pembangunan rangkaian pengedaran dan pemasaran di seluruh dunia yang efisien, dan mengukuhkan rangkaian menyeluruh.


Beberapa bidang pertumbuhan baru dalam industri tekstil telah disasarkan untuk dipromosikan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Bidang-bidang pertumbuhan bagi industri ini termasuk tekstil perindustrian dan rumah; tekstil berfungsi; fabrik dan pakaian lebih mewah; fabrik etnik; dan kemudahan sokongan utama dan perkhidmatan. Sasaran pelaburan bagi industri ini bagi tempoh pelan ialah RM13.4 bilion.

Enam teras strategik telah ditetapkan untuk meningkatkan lagi pembangunan industri ini sepanjang tempoh IMP3. Teras ini termasuk:-

- Mengintensifkan promosi pelaburan dalam tekstil dan pakaian bernilai tambah lebih tinggi,

termasuk perkhidmatan sokongan utama;

- Memapankan bahagian pasaran tekstil dan pakaian dan mempromosikan eksport bidang-

bidang pertumbuhan yang disasarkan;

- Mengintensifkan integrasi serantau industri berkenaan;

- Meningkatkan keupayaan tempatan dan memudahcara penggunaan ICT dan teknologi-

teknologi baru;

- Meningkatkan kemahiran pekerja dalam rekaan, pengeluaran dan pemasaran;

- Mengukuhkan sokongan institusi bagi meningkatkan lagi pembangunan industri

berkenaan.

Bagi menggalakkan pelaburan dalam industri tekstil dan pakaian, beberapa produk/aktiviti tekstil telah diwartakan sebagai produk/aktiviti digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan layak dipertimbangkan untuk insentif cukai dalam bentuk Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan. Sila rujuk seksyen penerbitan MIDA bertajuk ‘Malaysia: Investment in the Manufacturing Sector – Policies, Incentives and Facilities, untuk melihat Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Am. (Sila rujuk Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan – Am)

sumber:
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
http://bmweb.mida.gov.my/

0 comments: