16 TIPS USAHANIAGA KAUM CINA

Tao Zhu Gong.

1. Berniaga mestilah rajin,jika tidak ianya tidak menjadi.

2. Belanja mesti jimat,jika tidak putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka,jika tidak hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan,jika tidak timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang,jika tidak ianya tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas,jika tidak ibarat sampah-sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri.
11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat,jika tidak hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas,jika tidak timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti ,jika tidak bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik,jika tidak mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas,jika tidak membazir wang dan masa.

Monday, August 4, 2008

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN PUNB PERINGKAT NASIONAL 2008

PUNB dalam usaha membantu usahawan Bumiputera memula / mengembangkan perniagaan melalui bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan pemantauan. Sehubungan dengan itu, PUNB akan mengadakan Program Jaringan Usahawan PUNB Peringkat Nasional 2008 pada :

Tarikh : 7 Ogos 2008 ( Khamis )
Masa : 7.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail , PWTC , Kuala Lumpur
Yuran : RM 220.00 / seorang ( termasuk nota, minum pagi, makan tengahari, minum petang )

TEMPAT ADALAH TERHAD



Bertemakan "Ke Arah Pemantapan Perniagaan', program ini menawarkan

* perkongsian pengalaman serta tip-tip perniagaan oleh penceramah-penceram ah jemputan,
* pembentangan kertas kerja oleh usahawan Bumiputera yang bertaraf antarabangsa - strategi pemasaran berkesan
* forum keusahawanan yang membincangkan pengurusan kos bijak
* pameran perniagaan mini oleh usahawan-usahawan PUNB
* jaringan perniagaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Khairul / En. Rapi / En. Nik / Pn. Noorhazreen / En. Rasyidi di talian 03-2785 1416 / 1411 / 1412 / 1413


0 comments: